Friday, October 29, 2010

Kepentingan Ilmu dan Ibadat

'Wahai orang-orang yang ingin bebeas dari segala mara bahaya dan yang ingin beribadat dengan benar, semoga Allah melimpahkan taufiq-Nya kepada kita. Dengan itu, wajib ke atas kita membekalkan diri dengan ilmu. Ini kerana, beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia, kerana ilmu adalah punca kepada segala perbuatan'

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali


Perlu diketahui, ilmu dan ibadat adalah dua perkara yang saling berkait. Hal ini kerana, pada dasarnya, segala yang kita lihat, dengar dan pelajari adalah untuk ilmu dan ibadat. Firman Allah :




"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan Bumi seperti itu ; perintah Allah berlaku terus menerus antara alam langit dan Bumi. Supaya kamu mengetahui sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
at-Thalaaq : 12

Dengan merenung keindahan langit dan bumi, diharapkan kita akan memperoleh ilmu darinya. Dengan meneliti ayat di atas, sudah cukup jelas untuk membuktikan bahawa ilmu itu mulia. Lebih-lebih lagi ilmu tauhid kerana dengannya kita dapat mengenal Allah dan sifa-sifat-Nya.

Firman Allah

"Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
az-Zaariyat : 56

Perkara ini menunjukkan betapa mulianya ibadat dan ayat di atas cukup membuktikan tentang kemuliaannya serta kewajipan untuk sentiasa menjalankan ibadat. Sungguh besar erti ilmu dan ibadat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Maka, wajiblah ke atas kita untuk hanya mengejar ilmu dan menjalankan ibadat dan melupakan perkara-perkara lain yang batil. Hal ini kerana, dalam ilmu dan ibadat sudah terkandung segala urusan dunia dan akhirat.

Membangunkan negara dan mencipta kemakmuran juga termasuk ibadat jika dilaksanakan kerana Allah. Jadi, bersama ilmu dan ibadat, kita dapat mencapai kebahagiaan dunia dengan kemajuan dunia yang sihat dan bukan yang menyesatkan, juga kebahagiaan di akhirat.

Allahua'lam..


Rujukan daripada Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali, Bab Peringkat Ilmu dan Ma'rifat.

Wednesday, October 27, 2010

Tafsir al-Quran; al-Muddatstsir: 32-36. Menghubungkan akikat Persoalan Akhirat Dengan Fenomena Alam


"Sekali-kali tidak, demi bulan dan malam ketika telah berlalu, dan subuh apabila mulai terang. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman manusia" al-Muddatstsir : 32-36


Pemandangan yang berupa bulan, malam ketika telah berlalu, dan subuh ketika mulai terang, semuanya merupakan pemandangan yang memberi kesan dan seolah-olah berbicara kepada hati manusia, membisikkan banyak rahsia, dan membangkitkan perasaan manusia. Dengan isyarat ini, Al-Qur'an menyentuh tempat-tempat persembunyian perasaan dan rahsia yang terdapat dalam hati yang dibicarakan ini, kerana ia tahu akan jalan selok belok ke dalamnya.

Akan tetapi, sedikit sekali hati yang mau menyedari pmandangan yang berupa rembulan ketika ia terbit, berjalan dan terbenam. Kemudian, ia tidak memikirkan sedikit pun tentang bulan yang membisikkan rahsia alam ini kepadanya. Merenungkan cahaya bulan itu sendiri kadang kala bisa membersihkan hati. Sedikit sekali hati yang ingin sedar terhadap pemandangan malam ketika ia berlalu dan suasana keheningan yang mendahului terbitnya fajar, dan pada saat dimulainya, dengan membuka mata. Kemudia tidak tergores sedikit pun bekas dari pemandangan ini, dan tidak pula meresap ke dalamnya getaran-getaran yang lembut dan halus.

Sedikit sekali hati yang sedar terhadap waktu subuh ketika ia mulai terang dan jelas, kemudian tidak berkilau kerana pancarannya, dan tidak berubah dan tidak berganti perasaannya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, yang menjadikannya lebih layak menerima cahaya yang memancar dalam hati bersama cahaya yang bersinar pada pemandangan.

Allah yang menciptakan hati manusia mengetahui bahawa pemandangan-pemandangan itu sendiri pada waktu-waktu tertentu menciptakan keajaiban-keajaiban, seakan-akan menciptakan suasana baru.

Di sebalik pancaran-pancaran, sinar dan cahaya yang terdapat pada bulan, pada malam, dan pada waktu subuh, terdapat hakikat yang mengahumkan dan luar biasa yang akal fikiran manusia diarahkan dan diingatkan kepadanya oleh Al-Qur'an. Terdapat juga petunjuk yang menunjukkan adanya kekuasaan yang mencipta dan kebijaksanaan yang mengatur, kekuasaan Ilahi terhadap alam semesta ini, dengan kelembutan yang mengasyikkan pandangan akal.

'Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman manusia'

Neraka Saqar, dan tentera yang menjaganya, serta akhirat adalah salah satu dari urusan-urusan besar yang menakjubkan dan menakutkan manusia, dengan adanya bencana besar di belakangnya. Semuanya mengetuk hati manusia dengan keras, dengan segenap suara yang ditinggalkan dalam perasaan.


Allahua'lam..


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Tuesday, October 26, 2010

Hartal


Kadangkala kita terlupa,
Atau mungkin tertipu,
Siapa tahu...
Kebenaran tidak semudah itu untuk diperjuangkan,
Kerana ia amat berharga..


Terus berjuang !!


http://10tahun.blogspot.com/


Monday, October 25, 2010

Pentingnya Sirah Nabawiyah Untuk Memahami Islam

'Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah'
al-Ahzab : 21

Tujuan mengkaji Sirah Nabawiyyah bukan sekadar mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah yang mengungkapkan kisah-kisah dan kasus yang menarik. Kerana itu, tidak sepatutnya kita menganggap kajian Fiqh Sirah Nabawiyah sama seperti kajian sejarah, sebagaimana kajian tentang sejarah hidup seorang khalifah, pemimpin atau sesuatu periode sejarah yang telah silam.

Tujuan mengkaji Sirah Nabawiyah ialah agar setiap Muslim memperoleh gambaran tentang hakikat Islam secara sempurna, yang tercermin di dalam kehidupan Nabi s.a.w, sesudah ia difahami secara konsepsual, sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Sirah Nabawiyah hanya merupakan upaya aplikatif yang bertujuan memperjelas hakikat Islam secara utuh dalam keteladanannya yang tertinggi ; Muhammad s.a.w.
Bila kita perincikan, maka dapat dibatasi dalam beberapa sasaran berikut :

1. Memahami peribadi kenabian Rasulullah s.a.w melalui celah-celah kehidupan dan kondisi-kondisi yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w bukan hanya seorang yang terkenal dalam kaumnya, tetapi sebelum iu, beliau adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahyu dan taufiq dari-Nya.

2. Agar manusia mendapatkan gambaran al-Matsal al-'Ala (contoh ideal) menyangkut seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan undang-undang dan pedoman kehidupan. Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari matsal a'la mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya dalam kehidupan Rasulullah s.a.w secara jelas dan sempurna. Kerana itu, Alah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia.

3. Agar manusia mendapatkan, dalam mengkaji Sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah, semangat dan tujuannya. Hal ini kerana, banyak ayat-ayat al-Qur'an yang baru bisa ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w dan sikap baginda terhadapnya.

4. Melalui kajian Sirah Rasulullah s.a.w ini, seorang Muslim dapat mengumpulkan sekian banyak tsaqafah dan pengetahuan Islam yang benar, baik menyangkut bab aqidah, hukum hakam mahupun akhlak. Hal ini kerana, tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah s.a.w merupakan gambaran yang konkrit dari sejumlah prinsip hukum Islam.

5. Agar setiap pembina dan da'ei Islam memiliki contoh hidup menyangkut cara-cara pembinaan dan da'wah. Adalah Rasulullah s.a.w seorang da'ei, pemberi nasihat dan pembina yang baik, yang tidak segan-segan mencari cara-cara pembinaan dan pendidikan terbaik selama beberapa fasa da'wahnya.

Antara hal terpenting yang menjadikan Sirah Rasulullah s.a.w cukup memenuhi semua sasaran ini ialah, bahawa seluruh kehidupan bagina mencakup seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia, baik peribadi mahupun anggota masyarakat yang aktif.

Kehidupan Rasulullah s.a.w memberikan kepada kita contoh-contoh mulia, baik sebagai pemuda Islam yag lurus perilakunya, dan terpercaya antara kaum kerabat, atau sebagai da'ei kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang menyerahkan segala kemampuan untuk menyampaikan risalahnya. Juga sebagai kepala negara yang mengatur segala urusan dengan cerdas dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagaiMuslim secara kesuluruhan (kaffah) yang dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadah kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan sahabatnya dengan baik.

Maka, kajian Sirah Nabawiyah tidak lain hanya menampakkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan, yang tercermin dalam suri teladan yang paling sempurna dan terbaik.

Allahua'lam.


Sumber dari Buku Sirah Nabawiyah : Kajian Mendalam Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah S.A.W, oleh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy.

Friday, October 15, 2010

Acute Pancreatitis





A 2007 article regarding acute pancreatitis, by Peter Wysocki and Ross Carter.
Published by Elsevier.


Wednesday, October 13, 2010

Tafsir al-Quran; al-Muddatstsir: 8-10. Hari Yang Penuh Kesulitan


"Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah"
(al-Muddatstsir : 8-10)

'An-naqr fin-naaquur' (tiupan sangkakala), ia diungkapkan dalam beberapa tempat dalam Al-Qur'an dengan ungkapan lain yang berbunyi 'An-nafkh fish-shuur'. Akan tetapi, ungkapan 'naqr' ini lebih mengesankan kerana kerasnya suaranya dan gemanya, seakan-akan pengukiran yang bersuara dan berbunyi, dan suara yang mengukir di telinga itu lebih mengena daripada suara yang cuma didengar oleh telinga. Oleh kerana itu, disifatilah hari itu sebagai hari yang sulit bagi orang-orang kafir dan kesulitan itu dipertegas lagi dengan tidak adanya bayang-bayang kemudahan di sana.

Align Center'Bagi orang-orang kafir, lagi tidak mudah'

Kesulitannya adalah bersifat total, menyeluruh. Kesulitan yang tidak ada celah-celah kemudahannya, kesulitan yang tidak dipisahkan oleh sesuatu pun. Bahkan, perkataan ini dibiarkan bersifat global dan penuh misteri, yang memberi kesan kesedihan, kesusahan dan kesempitan. Kerana itu, alangkah tepatnya kalau orang-orang kafir itu mahu mendengarkan peringatan, sebelum ditiupnya sangkakala yang menakutkan, lalu mereka hadapi hari yang penuh kesulitan dan penderitaan.

Allahua'lam..


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Friday, October 1, 2010

Pelapis Masa Hadapan



Setiap entiti di muka bumi ini mempunyai gambaran menyeluruh dalam menegakkan idea. Dari idea mengalirnya tindakan yang membawa kesan kepada entiti. Tidak kira dari sekecil-kecil entiti, yakni seorang insan kepada sebesar-besar entiti berupa gerakan, syarikat, bangsa, dan negara, gambaran menyeluruh, dalam bahasa yang lebih mesra, 'the bigger picture', merupakan elemen yang terpenting dalam entiti tersebut. 'The bigger picture' ini mempengaruhi cara berfikir, penjanaan idea, dan seterusnya tindakan. Sekiranya ia sempit, maka kecillah skop dan tumpullah pembawaannya.

Kita pula, selaku insan yang berfikir, akan berfikir.. Bagaimana pula dengan 'the bigger picture of us'? Dalam buku kompilasi pengurusan bertajuk The Essential Drucker, karangan
Peter Drucker, dikupas mengenai 3 elemen asas dalam meneliti prestasi menyeluruh sesuatu organisasi ; hasil semasa (direct results), pembangunan dan pengukuhan nilai-nilai (building of values and their reaffirmation) dan pembangunan sumber manusia untuk masa hadapan (developing people for tomorrow). Artikel kali ini akan lebih membincangkan bahagian ke 3 iaitu penyediaan dan pembangunan generasi masa hadapan yang sedikit sebanyak akan menyentuh berkaitan pelapis masyarakat sebagai entitinya.

Sebelum pergi dengan lebih jauh, apakah mahasiswa seperti saya terlalu muda memikirkannya? Mungkin ya, bagi mereka yang realist, mereka yang memikirkan, cukuplah kiranya mahasiswa ini 'tenang-tenang' sahaja, tidak perlu poyo-poyo. Namun, bagi kita yang masih idealist, kita akan katakan 'tidak', bukan semata-mata kerana darah panas yang dilonjakkan oleh aliran adrenalin, tetapi didasari dengan kesedaran futuristik, melihat kestabilan dan kesejahteraan buat generasi akan datang.

Budaya menyediakan pelapis ini bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Ia telah wujud dan bertapak berkurun lamanya, bukti yang paling asas adalah hubungan bapa dan anak, guru dan murid, dan sebagainya. Ada yang secara sedar, langsung dan bersistemnya, 'mentarbiyah' 'protege' ke arah objektif yang ingin dicapai, sama ada yang spesifik mahupun umum. Ada juga proses pentarbiyahan berlaku secara tak langsung dari tangan si mentornya. Budaya yang telah ada harus dipuji, diteliti dan ada ketikanya dilihat dengan kritis dan diperkemas oleh kita semua. Sejauh mana kita 'junjung' budaya ini dan tanamkan ia sebumi yang mungkin? Dan sejauh manakah kita tebarkan, susun rapikan budaya ini agar ia mengambil masa berkurun lamanya untuk malap semula? Soalan ini secara automatik bertapak dalam pemikiran mereka yang telah mempunyai anak, kerana mereka sedar. Bagi mereka yang belum punyai zuriat, kebanyakan dari mereka masih belum merasai elemen ini sedalamnya. Mereka hanya tahu berkata, belum tahu merasa. Golongan mahasiswa berada di pundak golongan ini. Justeru, idea budaya pelapis masyarakat adalah satu cita-cita, aspirasi untuk melihat generasi masa hadapan ini bertatih mempraktikkan budaya pelapis.

Budaya hanya boleh diwujudkan dengan praktik yang berterusan dan diperkemas dengan sistem. Kata-kata dan idea hanya sebagai penjana, namun enjin sebenar adalah berupa aktiviti, program, dan sistem yang bergerak di segenap peringkat untuk membudayakan idea. Kita lihat sendiri bagaimana kerajaan pada suatu ketika dahulu mengetengahkan
modal insan sebagai aset paling berharga, membuka mata semua masyarakat yang sebelum ini terlalu berkiblatkan material semata-mata dalam pembangunan negara. Dengan wujudnya sentimen sedemikian dalam bentuk sistem dan program yang dirangka, maka wujudnya budaya yang seolah-olah baru timbul dalam masyarakat khususnya kakitangan kerajaan - 'human-capital centered' ini menjadikan budaya kemanusiaan digemburkan - sentimen anti-rasuah, anti-penindasan dan sebagainya. Sebagai kesan yang lebih besar, sistem Islam yang selaras dengan kemanusiaan, semakin diterima, antaranya sistem perbankan Islam, sistem perundangan Islam dan sebagainya. Apatah lagi kiranya budaya pelapis ini yang sememangnya selari dengan prinsip kemanusiaan diterapkan dalam masyarakat.

Program-program di peringkat sekolah dan pra sekolah yang menerapkan budaya pelapis dipergiat dalam bentuk program-program motivasi, kursus peningkatan skil kendiri dan sebagainya. Namun, yang lebih efektif dan fundamental adalah penyediaan berterusan mentor pembimbing dari pelbagai bidang yang tidak digalaskan di atas bahu guru-guru semata-mata. Doktor sebagai contoh, seharusnya turun ke sekolah secara langsung menjadi mentor kepada anak-anak ini, sama juga seperti kerjaya-kerjaya lain. Sekiranya kita soal diri kita, sejauh manakah keterlibatan kita dengan sekolah atau institusi lama kita? Dalam hal ini, bukan dengan mereka yang telah keluar dan berjaya, tetapi adik-adik atau anak-anak yang masih berada di bangku sekolah atau institusi lama yang pernah menjadi tempat kita dididik. Sejauh manakah kita melihat mereka secara dekat sebagai pelapis masa hadapan? Sejauh manakah kita masih berhubungan dengan guru-guru kita untuk membantu guru-guru mendidik, memberikan aspirasi yang tidak dapat diisi oleh guru. Kapasiti selaku doctor, jurutera, pensyarah university, usahawan dan sebagainya, sebagai professional, menyalurkan visi, sikap, pemikiran yang seharusnya dipunyai oleh adik-adik untuk berada di lapangan yang sama pada masa hadapan.

Kreativiti dan inovasi dalam berorganisasi tidak boleh dipandang enteng dalam membumikan budaya pelapis. Dari dua nilai inilah yang membawakan sesuatu entiti itu sentiasa menerima perubahan dan berevolusi dari masa ke semasa. Ia adalah elemen anti-pupus dalam sesebuah entiti. Syarikat pengeluar kereta Toyota sebagai contoh, meletakkan inovasi sebagai nilai utama dalam memacu teknologi masa hadapan. Tema ‘Innovation, Driving Toward A Better Tomorrow’ yang dipahat dalam visi Toyota, memberi impak yang cukup besar dalam gerak kerja sehingga melonjakkan mereka sebagai sebuah pengeluar kereta yang sentiasa sahaja mempunyai 'teknologi luar jangka' disamping dinobatkan sebagai salah sebuah daripada 10 syarikat di dunia yang memperoleh keuntungan tahunan terbesar. Tanpa kreativiti dan inovasi, generasi seterusnya tidak dapat menikmati bara perjuangan yang dibawa dalam bentuk yang lebih dinamik. Di sini sekali lagi ilmu memainkan peranan yang cukup fundamental sebagai elemen lestari. Hanya dengan ilmu, kreativiti dan inovasi dapat merancakkan sesebuah entiti.

Bagi 'share holder' dan 'policy maker' kepada golongan generasi masa hadapan, sikap yang paling penting adalah 'sabar'. Huraiannya tertakluk kepada suasana, kerana sifat 'sabar' ini luas definisinya. Dalam suasana masyarakat kita yang ada kalanya sentimen 'inferioriti complex' tegar dalam minda, sikap sabar ini boleh dimanifestasikan dengan menghindari budaya mencengkam. Berikanlah kebebasan berfikir kepada golongan pelapis. Psikologi masyarakat kita jarang sekali memuji dan meninggi-ninggikan antara satu sama lain, apatah lagi kepada golongan yang lebih rendah pangkatnya atau muda daripada kita. Bahkan secara senyap mahupun terang-terangan seringkali budaya merendahkan antara satu sama lain menjadi norma masyarakat. Kepada golongan muda khususnya, harapan tidak diluahkan secara jelas, yang mereka ini merupakan pelapis generasi akan datang. Perkara yang sering berlaku adalah golongan ini ditekan dengan kata-kata dan dipenjarakan oleh sistem. Lihat sahaja golongan mahasiswa, akta yang dilihat sebagai pelindung dan pembantu mahasiswa oleh 'share holders' dan 'policy makers' mahasiswa, tidak dipraktikkan oleh mahasiswa seperti yang diidamkan oleh golongan policy makers ini, tetapi hanyalah sebuah akta yang bertindak sebagai fear factor kepada mahasiswa. Ia merenjat seluruh tubuh mahasiswa sehingga ke otaknya, dimomokkan dengan sentimen anti-perjuangan secara senyap. Melalui penjara buatan inilah, golongan pelapis ini, meskipun kita gasakkan dengan gesaan untuk bangun dan bergerak dalam masyarakat, otak mereka masih terpenjara, umpama seorang hamba. Justeru, golongan yang kita kira mahu dijadikan pelapis masa hadapan ini perlu digalakkan pemikiran dan tindakannya, diberikan ruang yang lebih luas untuk bertatih, berbekalkan ilmu pengajaran yang telah diisi di peringkat asas.

Golongan yang melapis ini pula tidak seharusnya bersikap menunggu tongkat dari yang tua. Tongkat hanya bagi mereka yang sakit dan tidak berupaya. Berdiri di kaki sendiri adalah elemen yang memupuk automatism ke arah kesempurnaan. Kita tidak katakan kita harus hidup tanpa bantuan, bantu-membantu adalah lumrah ke arah kehidupan yang sejahtera. Kita juga menerima kepentingan sinergi dalam masyarakat. Namun, sifat berdikari, 'independence' adalah batu asas kepada nilai sinergi dan saling bantu-membantu, 'inter-dependence'. Tanpa pemupukan 'independency', sukar untuk manusia itu jernih dalam 'inter-dependenceship'.

Manfaat golongan muda yang menjadi generasi pelapis tidak dapat diolah semata-mata atas hasil usaha semasa, tetapi juga, harapan yang dibumikan dan cita-cita yang dipacakkan kepada mereka. Pemimpin-pemimpin hebat sentiasa memberikan gambaran masa depan kepada generasi pelapis. Rasullah s.a.w mempamerkan contoh terbaik dalam hal ini. Dalam satu hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda ”Agama ini akan mencapai semua wilayah yang dicapai oleh malam dan siang. Allah akan membuat agama ini memasuki setiap rumah. Seperti halnya keagungan orang yang agung dan kehinaan orang yang hina, demikian Allah akan mengagungkan Islam dan menghinakan kekafiran”. Sejarah perang Salib pula sebagai contoh, khutbah Paus Urbanus II pada tahun 1095 sebelum berlangsungnya perang salib yang pertama, yang berbunyi ; "Telah tersebar sebuah cerita mengerikan, sebuah golongan terkutuk yang sama sekali diasingkan Tuhan, telah menyerang tanah orang Kristian dan memerangi penduduk setempat dengan pedang, menjajah dan membakar. Pisahkanlah daerah itu dari tangan bangsa yang jahat itu dan jadikanlah sebagai milikmu." Bangsa yang jahat yang dimaksudkan pada ketika itu merupakan bangsa Muslim Turki yang bertapak di Jerusalam. Kesan khutbah ini memberikan impak kepada generasi berikutnya yang membawa Perang Salib meleret sehingga mempunyai 7 siri secara rasmi, dan masih berlangsung pada masa kini, yang mana kebanyakan sejarawan dan ahli fikir Islam menggambarkan ia sebagai perang salib moden.

Kesan pendoktrinan gambaran masa hadapan merupakan senjata yang cukup besar maknanya dalam menjadi bekalan aspirasi kepada generasi pelapis, golongan ‘apprentice’. Semangat ‘Apprenticeship’ ini bukan satu galasan tanggungjawab yang dipikul dengan bersahaja oleh kita semua, tetapi ia harus diambil sebagai satu budaya yang perlu dibumikan sepenuhnya oleh semua. Sudah tentu menjadi lumrah manusia untuk melihat entiti masing-masing membawa perubahan yang lebih baik dari masa ke semasa. Tidak lain, kepada golongan pelapis inilah tanggungjawab diberikan. Kalau bukan mereka, siapa lagi?

Wallahua’lam…

Thursday, September 30, 2010

Tafsir al-Quran; al-Muddatstsir: 1-7. Perjuangan Beserta Persiapannya


"Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu, agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah!"
(al-Muddatstsir : 1-7)

Seruan ini adalah sangat tinggi dan luhir, untuk urusan yang besar dan berat.. Memberi peringatan kepada manusia untuk membangkitkan kesedarannya, melepaskannya dari keburukan dunia dan dari siksa neraka di akhirat, serta mengarahkannya ke jalan keselamatan sebelum tamat waktunya. Ini adalah kewajiban yang berat dan sulit, ketika dinisbatkan kepada seorang manusia meskipun dia seorang Rasul sekalipun - manusia dengan kesesatannya, kedurhakaannya, kedurjanaannya, kesombongannya, semua itu menjadikan dakwah lebih sulit dan lebih berat berbanding dengan tugas-tugas manusia yang lain.

'Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan!'

Memberi peringatan adalah aktiviti yang paling menonjol dalam risalah, iaitu memperingatkan terhadap bahaya dekat yng sentiasa mengintai orang-orang yang lali dan kebingungan dalam kesesatan, yang mana mereka tidak menyedarinya. Di sini, kita dapat lihat rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya. Manusia tidak akan dapat menambah kekuasaan-Nya sedikit pun ketika mereka semua berada dalam kesesatan, dan tidak dapat menambah kekuasaan-Nya sedikit pun ketika mereka mendapat petunjuk. Namun, rahmat dan kasih sayang-Nya menghendaki untuk memberi manusia pertolongan ini supaya mereka terlepas dari azab yang pedih di akhirat nanti, dan dari keburukan dunia yang membinasakan.

'Dan Tuhanmu, agungkanlah!'

Ya, hanya Tuhanmu sahaja, kerana hanya Dia Yang Maha Agung, yang berhak untuk diagungkan. Ini adalah seruan yang menetapkan tasawwur imani terhadap makna Uluhiyyah dan makna tauhid. Segenap perkara, bentuk dan semuanya hilang di bawah bayang keagungan dan kesempurnaan, milik Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Ia memberi refleksi kepada Rasulullah yang akan menghadapi tugas memberi peringatan kepada manusia, sebuah tugas yang sangat besar dan amat berat, dengan tasawwur seperti ini, dan dengan perasaan sebegini, sehingga terasa kecil segala tipu daya, segala kekuatan dan segala hambatan. Dakwah yang sulit dan berat ini memerlukan kehadiran tasawwur, padngangan, pola pemikiran dan perasaan sebegini.

'Dan pakaianmu bersihkanlah'

Kebersihan merupakan kata kiasan yang biasa digunakan oleh masyarakat Arab dengan maksud kebersihan hati, akhlak dan amal perbuatan. Kebersihan dan kesucian diri termasuk pakaian dan segala sesuatu yang bersentuhan dengannya. Kebersihan atau kesucian adalah keadaan yang sangat serasi untuk menerima kehadiran makhluk tertinggi, sebagaimana kesucian ini merupakan sesuatu yang paling cocok dengan karakter risalah ini. Sesudah itu, kesucian merupakan sesuatu yang sangat vital dalam melakukan 'indzar' memberi peringatan dan 'tabligh' menyampaikan risalah serta melaksanakan dakwah di tengah-tengah pelbagai macam lingkungan hawa nafsu, aib-aib yang menjadikan juru dakwah sangat memerlukan kesucian yang sempurna supaya dapat menyelamatkan orang-orang yang berlumuran dengan kotoran-kotoran.

Hal ini merupakan suatu perhatian yang halus dan mendalam untuk menyampaikan risalah dan dakwah serta menerapkannya di antara pelbagai kalangan, lingkungan, kondisi dan hati..

Allahua'lam..



Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an

Tuesday, September 28, 2010

Tafsir al-Quran; al-Qiyaamah: 36-40. Manusia Tidak Diciptakan Sia-sia


"Apakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)? Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan darinya sepasang: laki-laki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?"
al-Qiyaamah: 36-40


Pada bahagian akhir surah ini, Al-Qur'an menyentuh hati manusia dengan mengemukakan hakikat lain dalam realiti kehidupan mereka, hakikat yang menunjukkan adanya rencana dan pengaturan Allah, menunjukkan adanya kehidupan lain yang sangat mereka ingkari kebenarannya, walhal, mereka tidak dapat lari daripadany dan tiada daya upaya untuk menolaknya.

'Apakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)?'

Terdapat golongan yang berpandangan, kehidupan hanyalah gerakan-gerakan yang tidak memiliki motivasi, tiada tujuan dan sasaran. Kehidupan bagi mereka hanyalah rahim-rahim yang melahirkan dan kubur-kubur yang menelannya kembali, sedang ruang masa antara keluar rahim dan masuk kubur itu hanyalah untuk bersenang-senang, berhias dan bersolek.

Islam meletakkan matlamat yang jelas bagi kehidupan manusia. Adanya undang-undang dan peraturan, yang di belakangnya ada tujuan dan di balik tujuan itu adanya hikmah. Kedatangan manusia ke dalam arena kehidupan ini sesuai dengan takdir yang berlaku hingga kadar tertentu, dan akan berkesudahan dengan perhitungan dan pembalasan. Perjalanannya di atas Bumi ini juga sebagai ujian yang kelak akan diperhitungkan dan diberi balasan.

Adapun pandangan yang cermat serta perasaan di baliknya tentang adanya Tuhan yang berkuasa, yang mengatur dan bijaksana, Dia mengadakan segala sesuatu dengan kadar tertentu dan segala sesuatu di dunia ini akan berakhir pada suatu kesudahan yang telah ditentukan. Yang membezakan manusia dengan binatang adalah perasaannya terhadap hubungan waktu, peristiwa-peristiwa dan tujuan-tujuan, hubungan dengan keberadaan tujuan dan wujud manusia itu, dan wujud segala sesuatu yang ada di sekitarnya. Maka dia tidak hidup semata-mata untuk menghabiskan umurnya dari waktu ke waktu, dari satu peristiwa ke satu peristiwa. Di dalam fikirannya, dia selalu menghubungkan masa dan tempat, masa lalu, masa sekarang dan yang akan datang. Kemudia, dia hubungkan semua ini dengan keberadaan alam yang besar beserta undang-undangnya ; setelah itu dia hubungkan semua itu dengan iradah 'ulya' (kehendak tertinggi) yang menciptakan dan mengatur, yang tidak menciptakan manusia dengan sia-sia, dan tidak membiarkannya tanpa tanggungjawab.

Seruan dalam Al-Qur'an pada ayat di atas adalah satu sentuhan terhadap hati manusia supaya memikirkan dan memperhatikan kaitan-kaitan dan hubungan-hubungan, sasaran dan tujuan, ilat dan sebab, yang menghubungkan keberadaannya, dengan keberadaan seluruh alam semesta dan dengan iradah yang mengatur wujud segala sesuatu ini.

Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan darinya sepasang: laki-laki dan perempuan.

Apakah manusia ini? Dari apa ia diciptakan? Bukankah ia dahulu setetes sperma yang ditumpahkan ke dalam rahim, yang kemudiannya berkembang menjadi 'alaqah (segumpal darah) dengan bentuk khusus di dalam rahim, yang menempel di dinding rahim untuk hidup dan menyerap makanan? Maka, siapakah yang memberikan ilham kepadanya untuk melakukan gerakan seperti itu? Iradah manakah yang menjadikan laki-laki atau perempuan dari sebuah sel ini?

Tiada tempat lari dari merasakan adanya kuasa yang mengatur dan memandu 'nuthfah' yang ditumpahkan ke dalam rahim itu dalam perjalanan (prosesnya) yang panjang, hingga sampai kepada kejadiannya.

Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?

Demikianlah surah ini ditutup dengan memberikan kesan yang kuat, pasti dan mendalam, yang memenuhi perasaan ini, terhadap hakikat keberadaan manusia dan adanya pengaturan dan kekuasaan di belakangnya...

Allahua'lam..


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an.

Monday, September 27, 2010

Growth Chart

The use and interpretation of growth charts

Charlotte M. Wright, Senior Lecturer/Consultant

Department of Child Health, University of Glasgow

Current Paediatrics,
August 2002




Tafsir al-Quran ; al-Qiyaamah:31-35. Orang Yang Tidak Memiliki Persiapan Menghadapi Kematian



"Dan ia tidak mahu membenarkan (Rasul dan Al-Qur'an) dan tidak mahu mengerjakan solat. Tetapi ia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran). Kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong). Kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu. Kemudian kecelacaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu"
al-Qiyaamah: 31-35


Setelah dibentangkan pemandangan yang menyedihkan dan memilukan, dibentangkan pula pemandangan orang-orang yang hina dan mendustakan ayat-ayat Allah, dan tidak melakukan persiapan dengan amal soleh dan ketaatan, bahkan menyukai maksiat, berpaling dari peringatan Allah, suka melakukan tindakan sia-sia dan sombong dalam melakukan kemaksiatan.


'Dan ia tidak mahu membenarkan (Rasul dan Al-Qur'an) dan tidak mahu mengerjakan solat. Tetapi ia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran). Kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong).'

Diceritakan dalam sejarah dakwah, manusia bernama Amr bin Hisyam atau Abu Jahal, yang menjadi pengajaran buat kita bersama. Dia melakukan pelbagai cara dan usaha untuk menghalang manusia dari agama Allah, menyakiti para da'ie, melakukan tipu daya yang buruk dan berpaling dari kebenaran dengan lagak yang sombong dan mengagungkan kejahatan dan keburukan yang dilakukannya, membangga-banggakan tindakannya ; membuat kerosakan di muka dan sebagainya. Bagi manusia spesis ini, al-Qur'an menggambarkan mereka dalam kalimat ; 'Yatamaththaa' yang bermaksud berlagak dalam penampilan zahirnya. Kalimat ini digunakan untuk merendahkan dan menghinakan, juga untuk menyebarkan kehinaannya yang bersikap sombong.

Kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu. Kemudian kecelacaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu"

Ini adalah ungkapan istilah yang mengandungi makna yang berat. Dalam sirah Rasulullah s.a.w, baginda sendiri sudah berusaha menghentikan kedengkian Abu Jahal, dengan berkata kepadanya (menyampaikan petikan ayat di atas. Akan tetapi, Abu Jahal menjawab 'Apakah engkau hendak mengancamku wahai Muhammad? Demi Allah, engkau dan Tuhanmu tidak akan mampu melakukannya sedikit pun. Sesungguhnya aku lebih mampu daripada berjalan di antara kedua gunungnya!' Lalu Allah menghukumnya pada waktu Perang Badar melalui tangan orang-orang mukmin, di bawah kekuasaan Allah.

Allahua'lam.


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an.

Sunday, September 26, 2010

Seminars and Studies About Typhoid










Resource : sciencedirect.com, emedicine.medscape.com

Sino-Japan Relationship


An article by Kent E. Calder regarding the China-Japan relationship, from the historical perspective. The article was published in Foreign Affairs March/April 2006 Volume 85 No.2.
Kent E. Calder is the Director of the Reischauer Center for East Asian Studies, Johns Hopkins University.

China and Japan’s
Simmering Rivalry


China and Japan, the giants of Asia, account for nearly threequarters of the region’s economic activity and more than half of the region’s military spending. Despite their deep economic ties and a doubling of their bilateral trade in the past five years, their relationship is increasingly strained, with dangerous implications for the United States and the world at large. Historically, relations between Japan and China were clearly structured. One country was always more prosperous or powerful than the other. Before the nineteenth century, China was usually dominant; since the Meiji Restoration, in 1868, Japan has generally been preeminent. The prospect that China and Japan could both be powerful and at the same time has only recently emerged, largely because while China’s economy and influence have grown rapidly, Japan’s have remained stagnant. China has nuclear weapons and intercontinental ballistic missiles, and its military budget has grown by double-digit rates for 17 consecutive years. Although Japan has a relatively low military profile, with its “no-war” constitution and strong alliance with the United States, its defense-relevant technology is sophisticated and it has recently become more proactive.The stage is now set for a strugglebetween a mature power and a rising one. Some liken current Sino-Japanese relations to the Anglo-German rivalry prior to World War I. As with the United Kingdom and Germany a century ago, the contest for regional leadership between China and Japan today is creating new security dilemmas, prompting concerns over Chinese ambitions in Japan and fears of renewed Japanese militarism in China. Both states are adopting confrontational stances, partly because of rising popular involvement in politics and resurgent nationalism exacerbated by revived memories of World War II; mutually beneficial economic dealings alone are not effectively soothing these tensions. Fluid perceptions of power and fear, Thucydides observed, are the classic causes of war. And they are increasingly present in Northeast Asia today.

For further contents on the article :

http://www.reischauer.jp/pdf/KEC%5B1%5D.ForeignAffairs.Final.pdf

Further reading :

http://www.eastasiaforum.org/tag/sino-japan-relations/

http://www.c-s-p.org/flyers/9781847186201-sample.pdf


http://en.wikipedia.org/wiki/People's_Republic_of_China_–_Japan_relations

Tafsir al-Quran; al-Qiyaamah: 26-30. Pemandangan Saat Menghadapi Sakaratul-Maut


"Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sehingga ke kerongkong, dan dikatakan (kepadanya), 'Siapakah yang dapat menyembuhkan?' dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau"
al-Qiyaamah: 26-30


Pemandangan yang ditunjukkan merupakan pemandangan kematian. Kematian yang merupakan hujung perjalanan semua makhluk hidup, yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana makhluk hidup, baik dirinya sendiri mahupun orang lain. Kematian yang memisahkan antara kekasih, yang terus sahaja tiba dan berjalan di jalannya yang takkan berhenti, takkan berpaling, tak menghiraukan jerit tangis orang yang sedih akan peninggalannya, tak menghiraukan penyesalan orang yang akan berpisah, tak menghiraukan keinginan orang yang berkeinginan, dan tak menghiraukan ketakutan orang yang takut. Kematian akan menyerang seorang diktator yang berkuasa yang mempunyai empayar besar dengan mudah, sebagaimana si diktator dengan mudah menyerang dan menekan orang-orang yang miskin dan lemah. Manusia tiada daya dan upaya untuk menghindarinya, dalam hal yang sama, mereka tidak pernah mengatur kekuatan untuk melepaskannya dari kematian itu.

Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sehingga ke kerongkong, dan dikatakan (kepadanya), 'Siapakah yang dapat menyembuhkan?'

Ini adalah pemandangan saat menjelang kematian, saat sakaratul-maut untuk kita renungkan bersama. Ketika ruh sampai ke kerongkong pada waktu naza' terakhir, ketika sedang terjadi sakaratul-maut yang menakutkan dan membingungkan, ketika kesedihan luar biasa yang menjadikan pandangan tidak normal lagi, dan orang-orang yang hadir memandang ke kanan dan kiri mencari jalan untuk menyelamatkan ruh yang sedang sedih itu.

'Siapakah yang dapat menyembuhkan?' dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau

Barangkali ada jampi mentera atau usaha yang berguna untuk menghindari kematian? Batallah segala upaya, tak berguna segala usaha, dan menjadi jelaslah jalan satu-satunya yang setiap makhluk hidup dihalau ke sana pada akhir perjalanan hidupnya. Layar diturunkan atas pemandangan yang menakutkan itu, dengan masih menampakkan bayang-bayang di mata, meninggalkan bekas dalam perasaan, dan meninggalkan kesedihan yang membisu dan menakutkan di seluruh angkasa.

Allahua'lam.


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an.

Saturday, September 25, 2010

A Classic 1978 Study on Acute Leukemia in Malaysian Children

Acute leukemia in malaysian children

Researchers :

  1. Assoc. Prof D. Sinniah
  2. Assoc. Prof J. C. White
  3. Dr. Asma Omar
  4. Dr. C. P. Chua
University Malaya

Article first published online: 29 JUN 2006

Original Manuscript : 12 JAN 1978

Abstract

A review of acute childhood leukemia in the University Hospital, Kuala Lumpur reveals no significant differences in either the epidemiological or clinical features between Malaysian and Caucasian children. BCG does not appear to have conferred any protection against the occurrence of leukemia. With the introduction of total therapy 4 of 10 patients with good prognostic features and 3 of 15 patients with poor prognostic features have survived 3 years. Prognosis appears to correlate with adopted clinical criteria.

For further reading (only for USM Hamdan Tahir Library members) :

http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/1097-0142(197810)42:4%3C1970::AID-CNCR2820420441%3E3.0.CO;2-7/pdf


Reference from : http://onlinelibrary.wiley.com/


Tafsir al-Quran ; al-Qiyaamah : 20-25. Menyingkap Sikap Jiwa Yang Menyesali Dirinya Sendiri


"Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan meninggalkan (kehidupan) akhirat. Wajah-wajah (orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dasyat"
al-Qiyaamah: 20-25


Petikan ayat daripada surah al-Qiyaamah ini memaparkan pemandangan hari kiamat dengan segala sesuatu yang ada padanya termasuk keadaan jiwa yang sangat menyesali dirinya sendiri. Diingatkanlah mereka terhadap jiwa mereka dengan segala sikapnya yang cinta dan sibuk kepada dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat serta tidak memperhatikannya, dan dihadapkanlah kepada mereka keadaan mereka di akhirat kelak, dan bagaimana kesudahan mereka nanti. Kondisi ini ditunjukkan kepada mereka dalam lukisan pemandangan yang hidup dengan kesan yang amat mendalam.

'Wajah-wajah (orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri'

Jiwa orang mukmin akan merasa senang dan bahagia dengan adanya gambaran keindahan alam semesta ciptaan Ilahi dalam fikiran dan jiwanya. Melalui pengamatan ini, penuhlah rasa jiwa itu dengan kesenangan, melimpahlah rasa bahagia, ditebarkan sayap-sayap cahaya untuk terbang bebas di penjuru alam. Lenyaplah darinya duri-duri kehidupan, penderitaan dan keburukan ; beban gelojak syahwat dan hawa nafsu. Sesungguhnya di sinilah tempat utama yang memerlukan pertolongan dan pemantapan dari Allah, agar manusia itu dapat menguasai dirinya sehingga stabil dan menikmati kebahagiaan, yang tidak dapat diterangkan lagi betapa indahnya gambaran hakikatnya. Dengan melihat dan merenung gambaran keindahan ciptaan-Nya ini, maka akan melimpahlah rasa bahagia dari dalam hati sehingga memberi kesan ke raut wajah, tampaklah cerah dan cerianya si manusia itu.

'Kepada Tuhannyalah mereka melihat.'

Bagaimanakah kita melihatnya? Perdebatan panjang yang sibuk dilakukan oleh golongan Mu'tazilah mengenai isu memandang dan melihat Allah, dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia. Ukuran deria dengan menggunakan indikator duniawi daripada aqal semata-mata membawa kepada keterbatasan untuk melihat gambaran yang tepat berkenaan isu ini. Maka, mengapa kita mahu memasiki sesuati yang kita tidak mengetahuinya secara pasti dengan menggunakan deria kita yang terbatas? Justeru, adalah lebih molek kiranya kita menyibukkan 'ruh' ini untuk melihat dan merenung nikmat kurniaan Ilahi.

'Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dasyat'

Wajah-wajah yang layu, sayu dan muram terhalang dari melihat keindahan-Nya, kerana langkah-langkah dan tindakan-tindakan serta sikap hidupnya sewaktu di dunia sibuk dengan hal-hal duniawi sehingga takut akan kehilangan dunia yang dimilikinya. Bencana yang amat dasyat yang akan menimpanya disebabkan akhirat yang mereka abaikan, akibat daripada konsentrasi dunia yang mereka rebutkan dan cintai...

Allahua'lam..


Rujukan daripada Jilid 12 Tafsir Fi Zhilalil Qur'an.

Friday, September 24, 2010

Selamat Memblog

Moga blog ini mendatangkan manfaat kepada semua secara umum.
Segala kekurangan dan kesilapan, saya pohon kemaafan.
Sekian.
Allahua'lam